Buku teks ini berfaedah kepada pelajar program pengurusan pembangunan, pengurusan, organisasi dan program lain. Buku ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan berkenaan pengorganisasian organisasi merangkumi konsep organisasi, jenis organisasi, teori, struktur pengorganisasian, kepimpinan, komunikasi dan lain-lain. Buku ini dapat memberikan pendedahan berkenaan aktiviti pengorganisasian organisasi seperti pengulangan dan prinsip-prinsip yang menjadi panduan kepada organisasi.
Statistik merupakan satu bidang yang sangat luas untuk mengetengahkan kepada para pembaca. Namun demikian, dalam proses penyelidikan kuantitatif memproses dan menganalisis data merupakan perkara asas sebelum mengintepretasikan data. Bagi menganalisis data, banyak perisian komputer digunakan seperti SPSS, AMOS, SAS, SmartPLUS dan sebagainya. Buku ini mengetengahkan perisian SPSS untuk memproses, menganalisis dan menginterpretasikan data. Perkara utama dalam statistik adalah untuk menginterpretasikan data mengikut kehendak masalah dan soalan kajian. Oleh itu, mengintepretasi data merupakan satu seni yang diwarisi oleh para penyelidik mengikut kemahiran dan pengalaman dalam bidang kuantitatif. Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai panduan dalam memproses, menganalisis dan mengintepretasikan data. Data kuantitatif dapat digunakan dalam bentuk deskriptif dan inferential. Di samping itu, buku ini dapat memberi panduan yang berguna kepada para penyelidik dalam menghasilkan keputusan dan tafsiran kajian yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Buku ini dipersembahkan secara teori, praktis dan contoh-contoh penjelasan. Bermula dengan penjelasan konsep, diikuti dengan ilmu-ilmu berhubung pemujukan, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berhubung kaedah perlaksanaannya. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan maklumat am dan menyeluruh tentang bidang komunikasi pemujukan, memahami konsep dan pendekatan komunikasi pemujukan, di samping menguasai strategi ke arah memastikan keberkesanan proses pemujukan. Buku ini mengemukakan fakta-fakta ilmiah seperti teori dan model, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan menggunakan kosa kata yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca. Dengan contoh-contoh serta pengalaman hidup yang dikemukakan menerusi buku ini, ia membantu pembaca agar memahami idea-idea yang hendak disampaikan. Buku ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang komunikasi, psikologi, kaunseling dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk memahami komunikasi antara manusia.
Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi. Ianya melibatkan kaedah dalam penilaian amalan komunikasi yang diamalkan oleh organisasi dalam menjalinkan hubungan serta penyaluran maklumat pada publik dalaman serta luaran organisasi. Panduan yang diperihalkan dalam buku ini bersesuaian dengan amalan pengelolaan aktiviti kerja dalam semua organisasi awam, swasta dan organisasi sukarela di Malaysia. Kandungan dalam buku ini tidak hanya menceritakan konsep tetapi melibatkan applikasi serta kajian kes bagi tujuan membentuk kemahiran pengamal dalam memilih kaedah yang bersesuaian dalam menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan organisasi dalam melaksanakan amalan komunikasi yang memenuhi citarasa pelanggan. Pengalaman penulis yang berkhidmat di pelbagai organisasi kerajaan, badan berkanun diperingkat tempatan serta luar negara telah dikongsi bersama pembaca. Buku ini banyak membincangkan mengenai kaedah serta langkah-langkah dalam menilai keberkesanan kempen, penggunaan teknologi komunikasi, jalinan rangkaian organisasi, kaedah diagnosis amalan komunikasi yang merangkumi pelbagai kaedah kuantitatif serta kualitatif. Berbanding dengan buku-buku lain, buku ini memberi kesempatan pada pembaca untuk menilai keberkesanan serta kecekapan pengurusan jalinan hubungan serta kualiti maklumat yang disalurkan pada persekitaran dalaman dan luaran organisasi
Buku ini digarap oleh penulis bagi tujuan menyediakan panduan pada para pelajar, perunding, pengurus serta pengamal komunikasi dalam membuat penilaian terhadap amalan sistem komunikasi dalam sesebuah organisasi.
Penerbitan Jurnal Ilmiah: Isu Kualiti, Media dan Pengantarabangsaan mengungkap pelbagai isu dan masalah dalam penerbitan jurnal ilmiah. Faktor perbincangan antaranya mengutarakan niche atau fokus sesebuah jurnal yang bidang pengkhususannya tidak begitu jelas dalam memastikan kelestarian sesebuah jurnal ilmiah. Apakah kriteria untuk mengiktiraf sesebuah jurnal ilmiah itu bertaraf nasional atau kebangsaan? Di samping itu, isu pengantarabangsaan jurnal ilmiah juga dibincangkan dalam buku ini dengan membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri antarabangsa yang perlu dipenuhi oleh setiap jurnal ilmiah. Dasar penerbitan jurnal ilmiah dikawal oleh sebuah lembaga editor yang menetapkan tentang nama jurnal, bidang pengkhususan jurnal, pemilihan wasit, pemilihan makalah, bentuk dan jenis makalah yang diterbitkan, bentuk rujukan dan kaedah dokumentasi, bahasa, laras, komposisi pengarang dan sebagainya. Masalah penerbitan jurnal ilmiah di negara ini perlu ditangani oleh semua pihak yang terlibat dan mempunyai kepentingan agar kelestarian ilmu melalui jurnal dapat disebarluaskan kepada masyarakat.
Kompetensi emosi merupakan pengaruh terbesar dalam membentuk kepimpinan situasi pemimpinpemimpin sekolah. Gaya kepimpinan ini ialah amalan kepimpinan terbaik bagi sesebuah institusi pendidikan. Monograf ini memberi pemahaman mengenai agenda Transformasi Pendidikan Negara yang khusus kepada peningkatan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Selain itu, buku ini juga mendedahkan dimensi-dimensi utama dalam kompetensi emosi yang mempengaruhi kepimpinan situasi pemimpin sekolah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan. Dapatan kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kompetensi emosi dengan kepimpinan situasi pemimpin sekolah yang membawa kepada kecemerlangan sekolah sekali gus meningkatkan bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam membentuk gaya kepimpinan situasi pemimpin sekolah ke arah merealisasikan agenda Transformasi Pembangunan Pendidikan di Malaysia.
... Peningkatan Sekolah Berprestasi Tinggi Kepimpinan situasi Model
kepimpinan situasi Amalan kepimpinan situasi pemimpin sekolah Kompetensi
Emosi Pemimpin Definisi kompetensi emosi Kecerdasan emosi pemimpin Model
kecerdasan ...
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru. Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi pengurusan yang diaplikasikan diharap dapat menjadi panduan kepada pemimpin dan bakal pemimpin sekolah. Perkara ini penting bagi mendepani kepelbagaian karenah dan masalah. Penyelesaian masalah melalui gaya pengurusan psikologi mampu menghasilkan natijah yang positif tanpa menjejaskan prestasi guru dan pelajar sekolah. Apa yang diharapkan, buku ini dapat membantu dan menjadi panduan praktis kepada pemimpin sekolah, guru-guru, pelajar dan ibu bapa yang berminat mendalami ilmu pengurusan psikologi ke arah memartabatkan pendidikan dan pengurusan sekolah di Malaysia.
Sejak sekian lama diperdebatkan berkenaan kualiti perkhidmatan. Namun sukar ditemui bukubuku berkenaan pengurusan kualiti yang membincangkan model dan peranan perpustakaan akademik dalam menyokong institusi pendidikan. Oleh itu buku ini ditulis hasil penelitian dan kajian penulis yang agak lama berkenaan pengurusan perpustakaan akademik. Buku ini dimasukkan beberapa model pengurusan kualiti yang berguna kepada sesebuah perpustakaan, khususnya kepada perpustakaan akademik. Seperti model Pengurusan Kualiti ISO 9001, Malcolm Baldridge National Quality Award (MBNQA) dan The European Quality Award (EFQA). Dari segi aplikasi, buku ini amat baik dijadikan sumber rujukan kepada pegawai perpustakaan kerana ianya turut menghuraikan bagaimana pengurusan kualiti dalam senario perpustakaan sebagai sumber maklumat. Buku ini turut mengenengahkan falsafah-falsafah kualiti. Malahan bagi melengkapkan falsafah-falsafah kualiti tersebut, buku ini juga menghuraikan berkenaan anugerah-anugerah kualiti, termasuklah anugerah perpustakaan cemerlang. Buku ini juga boleh digunakan bagi memastikan perpustakaan akademik berjaya menyokong dalam pencapaian transformasi pengajian tinggi negara. Bagi merealisasikan kualiti perkhidmatan yang baik dapat ditawarkan oleh sesebuah perpustakaan, buku ini boleh dijadikan rujukan. Buku ini disusun dengan mudah supaya pembaca dapat memahami keseluruhan topik yang dibincangkan dengan senang.