Sebanyak 21 item atau buku ditemukan

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (Edisi Kemas Kini)

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa. Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

Keinginan untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima initernyata tidakdapat
ditahantahan. Ia membuakbuak. Otak sendiri tidak dapat memahaminya. Benar
kata orang,apabila sampai seru, mereka pasti mahu pergi ke Makkah.
Maksudnya ...

Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana

"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari. Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2009) mendedahkan bangsa misteri yang disebutkan di dalam al-Quran, Yakjuj & Makjuj. Isu-isu misteri kian terungkap dengan penemuan bangsa Scythia yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dan Pergunungan Kaukasus sebagai lokasi 'tembok' Yakjuj & Makjuj. Bukti-bukti sejarah kian menunjukkan kebenaran ini. Namun, bangsa Scythia hanyalah satu daripada bangsa Yakjuj dan Makjuj. Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi.

... yang pertama kali akan merampas kerajaan umatku adalah banu Qanthura, “
Berkata al-Albani dalam al-Jami as-Shagir no.105, maudu (palsu).” Demikian
juga dalam salasilah al-Ahadis ad-Daifah wa al-Maudu'ah no. 1747, dia
menyebut bahawa bahagian pertama hadis tidak maudu disebabkan memiliki
syahid penguat. Menurutku, hadis ini tetap dalam lingkungan hadis yang lemah.
- Ibnu Kathir (2005), AlBidayah Wan Nihayah, hlm. 305-306 Muhammad Husain
Haekal (2007), ...

Memahami Maqasid Syariah

Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya. Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan. Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya. Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat: Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam. Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan. Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia. Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar. Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.

Roger Garaudy, Al-Islam wa Al-Qarn Al-Wahid wa Al-Ishrun: Shurut Nahdah
AlMuslimin, terjemahan Kamal Jadallah, (Kaherah: Ad-Dar Al-Ilmiyyah li Al-Kutub
wa An-Nashr, 1999), halaman 70, 119. Soroush, Abdul Karim, The Evolution and
 ...

Sunnah vs. Bid’ah

Sebahagian daripada ulama berpandangan, setiap perkara baru adalah bid'ah sehinggakan membid'ahkan semua perkara yang tidak ada dalam sunnah. Sebahagian lagi daripada mereka berpandangan bid'ah hanya urusan duniawi semata-mata sehingga apa sahaja amalan yang tidak ada dalam sunnah, boleh diamalkan. Perselisihan ini adakalanya menyebabkan mereka bercakaran antara satu dengan yang lain meskipun dalam topik yang bukan pokok. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab perselisihan ini di bawah topik berikut: -Definisi sunnah dan bid'ah menurut perspekstif al-Quran dan sunnah. -Ruang lingkup permasalahan bid'ah. -Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja? -Benarkah bid'ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah? -Mengapa Islam tegas dalam isu bid'ah? -Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab penyelewengan artikel, "Ingkar terhadap Bid'ah, Benci kepada Perkara Baru: Adakah ini Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?"

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab perselisihan ini di bawah topik berikut: -Definisi sunnah dan bid'ah menurut perspekstif al-Quran dan sunnah. -Ruang lingkup permasalahan bid'ah. -Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja?

Konspirasi Dajal

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad s.a.w. dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w. dengan keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti datang dan kita perlu bersedia dengan iman dan hati yang jitu. Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah.” (Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam. Apakah Dajal itu sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini? Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir Zaman?

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta.

Selembut Hati Rasulullah

Pesona Muhammad s.a.w. memikat hati umatnya. Sesiapa juga yang berbicara dengan Baginda rasa dihargai, disayangi, dan diberi perhatian. Hati sahabat-sahabat tersentuh tatkala ditegur dan dinasihati. Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu Tuhan, malah turut berpadu dengan rasa kasih sayang, empati, dan cinta. "Sesungguhnya, adalah untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat." (Surah Al-Ahzab, ayat 21) Walaupun disakiti dan dihina, Nabi Muhammad s.a.w. tetap memaafkan penduduk Taif yang membaling Baginda dengan batu dan Lubaid bin A'sham yang menyihir Baginda. Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.

Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.