Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana

"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari. Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2009) mendedahkan bangsa misteri yang disebutkan di dalam al-Quran, Yakjuj & Makjuj. Isu-isu misteri kian terungkap dengan penemuan bangsa Scythia yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dan Pergunungan Kaukasus sebagai lokasi 'tembok' Yakjuj & Makjuj. Bukti-bukti sejarah kian menunjukkan kebenaran ini. Namun, bangsa Scythia hanyalah satu daripada bangsa Yakjuj dan Makjuj. Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi.

... yang pertama kali akan merampas kerajaan umatku adalah banu Qanthura, “
Berkata al-Albani dalam al-Jami as-Shagir no.105, maudu (palsu).” Demikian
juga dalam salasilah al-Ahadis ad-Daifah wa al-Maudu'ah no. 1747, dia
menyebut bahawa bahagian pertama hadis tidak maudu disebabkan memiliki
syahid penguat. Menurutku, hadis ini tetap dalam lingkungan hadis yang lemah.
- Ibnu Kathir (2005), AlBidayah Wan Nihayah, hlm. 305-306 Muhammad Husain
Haekal (2007), ...