Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Ledakan Facebook; Antara Pahala & Dosa

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook. Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan: Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.Facebook mendedahkan diri kepada zina.Facebook mendedahkan ain diri sendiri.Dan banyak lagiBenarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

Suka baca Faham Sebarkan Manusia hari ini menjadi kelam-kabut dan hina,
hidup sering berpura-pura. Anak berpura-pura baik di hadapan ibu ayah, pelajar
berpura-pura baik di hadapan guru, ibu bapa berpura-pura baik di hadapan
anak, ...

Fiqh Medik Mini

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1. Adakah berubat itu benar-benar wajib? 2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar? 3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor? 4. Lemak babi boleh jadi halal? 5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab? 6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim? 7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam? 9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa? 10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit? 11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Perkara-perkara muamalat: Sesuai dengan kaedah mazhab Syafie. Manusia
diberikan kebebasan dalam urusan keduniaan. Contohnya jual beli, hutang-
piutang, perubatan, dan sebagainya. Dalil: Anas bin Malik merekodkan bahawa,
Rasulullah s.a.w. menyatakan: مكايند رمأب ملعأمتنأ Kamu lebih mengetahui hal
yang berkaitan dengan urusan keduniaan kamu. 2. Perkara-perkara ibadah:
Sesuai dengan kaedah mazhab Hanafi. Sesuatu urusan ataupun ibadah
seharusnya ...

Fiqh Kewangan Islam

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa. Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Malamnya seperti siangnya, tidak ada sesiapa akan menyimpang daripadanya,
melainkan orang yang binasa. Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada
junjungan besar kami, Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, dan para
sahabatnya yang beriman kepadanya, menyokongnya, menolongnya, dan
mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya. Juga kepada mereka yang
mencontohinya dan mengikuti petunjuknya sehingga hari pembalasan. Para
sarjana Islam bersepakat, ...