Sebanyak 4 item atau buku ditemukan

Faux Amis dalam Peminjaman Leksikal Inggeris-Melayu

Bahasa Melayu sebagai bahasa penggerak tamadun masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia merupakan bahasa yang dinamik. Pelbagai istilah banyak dicipta. Begitu juga dengan penyerapan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu itu sendiri. Namun begitu, penyerapan bahasa asing ini bukanlah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kemasukan bahasa asing ini dikawal selia oleh badan yang bertanggungjawab. Dengan adanya kawal selia ini, generasi pewaris bahasa Melayu tetap mengekalkan ciri-ciri kesantunan dan keperibadian bangsa Melayu itu sendiri. Buku ini ditulis dan menjadi sebahagian daripada proses penciptaan atau penyerapan bahasa asing ke bahasa Melayu. Buku ini dapat dijadikan contoh kepada penyelidik, pencinta bahasa dan golongan ilmuwan serta pensyarah atau guru-guru bahasa Melayu tentang kata-kata pinjaman yang diterima pakai dalam bahasa Melayu.

Buku ini ditulis dan menjadi sebahagian daripada proses penciptaan atau
penyerapan bahasa asing ke Bahasa Melayu. Buku ini boleh dijadikan contoh
kepada penyelidik, pencinta bahasa dan golongan ilmuwan serta pensyarah
atau ...

Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak

Buku ini memuatkan himpunan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan Pendidikan Islam dan Kerohanian dalam merealisasikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Huraian dan contoh yang diberikan adalah praktikal malah mudah difahami oleh semua pembaca. Isi kandungannya digabung jalin dengan beberapa aspek perkembangan kanak-kanak yang pastinya dapat membantu warga pendidik khususnya dan ibu bapa amnya. Setiap topik dihuraikan dengan cara yang mudah untuk difahami oleh setiap golongan pembaca. Konsep-konsep dan aplikasi ilmu yang ditunjukkan dengan contoh-contoh yang mudah yang bersesuaian akan menjadi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Buku ini bersesuaian untuk segenap golongan terutamanya ibu bapa dan guru-guru.

Pendidikan Kalimah Tauhid Sejak awal lagi, ibu bapa digalakkan untuk
menanamkan kalimah tauhid dalam diri anak-anak. Kalimah ini ialah tanda kita
mengaku keesaan Allah SWT. Kalimah La Ilaha Illallah perlu diajar kepada anak
-anak ...

Pendidikan sosioemosi kanak-kanak

Buku ini membicarakan tentang pendidikan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak. Pendidikan sosioemosi amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih. Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan kanak-kanak berkenaan terutamanya dalam aspek pendidikan sosioemosi. Buku ini adalah wadah penting untuk golongan pendidik dan bakal pendidik serta ibu bapa bagi memahami dan meneliti peranan pendidikan sosioemosi dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Buku ini membicarakan tentang pendidikan sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak. Pendidikan sosioemosi amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih.