Sebanyak 6 item atau buku ditemukan

3i Islam, Iman, Ihsan

Apakah yang ada dalam konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan)? Segelintir kita mengaku Islam sekadar mengungkap perkataan 'Aku seorang Islam'. Cukupkah ungkapan sebegitu? Ada juga yang mengungkap 'Saya menerima Islam sebagai agama.' Cukupkah ungkapan sedemikian melayakkan kita menjadi seorang Islam yang sejati? Apakah jawapan kita kepada orang yang mengungkapkan perkataan sedemikian? Persoalannya, adakah cukup sekadar ungkapan ataupun pernyataan tanpa diikuti perbuatan? Konsep Iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan adalah timbangan keikhlsan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengharap keredaan-Nya. Konteks 3i (Islam, Iman dan Ihsan) adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesama manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menghadapi percutian abadi bertemu Allah bersama persiapan yang rapi.

Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan Iman dan Islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu.

10 Tokoh Idola Muslimah Edisi Kemas Kini

Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping sebagai peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan. Hakikatnya, mereka sudah berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya mengangkat martabat wanita sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut dalam Quran seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri Rasulullah membantu usaha beliau dalam menegakkan Islam iaitu ketika beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya menuju jalan kebenaran dan cahaya Islam. Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai hikmahnya yang tersendiri kepada umat manusia terutama kepada kaum wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris generasi akan datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh. Ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan, kemenangan dan keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka sememangnya terlalu besar dalam menonjolkan peribadi unggul sebagai tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam merencanakan kehidupan mereka. Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan impak yang besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar serta bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.

Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam.

10 Tokoh Usahawan Muslimah

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.) Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.) Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC) Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi) Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.) Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product) Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.) Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili) Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.) Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.) Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka.

Kahwin, Anda Berani?

Berkahwin, Anda Berani? Kalau berani, sila jumpa Tok Kadi. Tetapi, berkahwin bukan sekadar soal jumpa Tok Kadi ataupun akad nikah sahaja. Bahkan, tentang apa yang bakal dialami selepas berumah tangga. Buku ini mempersembahkan realiti sebenar asam garam yang berlaku dalam alam rumah tangga. Turut dikongsi inspirasi kekeluargaan serta info fiqh penting yang boleh dijadikan motivasi, buat bekalan bakal pengantin mahupun pasangan yang sudah berkahwin, sebagai panduan bersama. Jadi, baca dulu buku ini. Selesai baca, baru boleh tahu sama ada ‘Anda berani ataupun tidak’.

Berkahwin, Anda Berani?