Adakah kita tahu siapakah sebenarnya Ulul Albab? Ulul Albab adalah mereka yang mempunyai akal yang sempurna dan bersih. Akal yang sempurna bermaksud, cara berfikir dan menilai sesuatu perkara adalah betul berpandukan kepada agama. Pada ketika yang sama, akal itu bersih daripada idea-idea songsang dan sesat. Imam Ibnu Kathir menyatakan perkara ini dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim.
Allah s.w.t. menggelar mereka sebagai Ulul Albab. Ulul Albab bukan sekadar
memiliki otak sebagai organ. Lebih daripada itu, mereka mengembangkan
potensi otak sehingga ia menjadi akal dan minda untuk mereka. Menurut Kamus
Dewan ...
Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.
Saya menghasilkan bukuiniselepasdiminta mengendalikan beberapa bengkel
serta mencadangkan penambahbaikan kepada kurikulum Maahad Tahfiz Negeri
Pahang. Maahad Tahfiz ini adalah sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Profesional di
...
Buku ini ditunggu-tunggu kerana ia ditulis oleh seorang pengamal perubatan moden yang menerangkan bukti-bukti saintifik berkenaan amalan-amalan kesihatan Nabi Muhammad. Dr. Danial membuktikan perubatan Islam secara saintifik dengan mengemukakan penemuan-penemuan sains semasa, baik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun Barat, atas prinsip Islam menerima hikmah dan ilmu pengetahuan yang baik daripada mana-mana sumber. Lazimnya buku-buku perubatan Islam ditulis oleh mereka yang lulus bidang pengajian Islam di mana buku-buku seperti itu hanya menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa. Faktor inilah yang menyebabkan individu-individu berpendidikan moden sangsi akan kemujaraban perubatan Islam. Mereka mahukan buku perubatan Islam yang berkomunikasi dengan mereka berdasarkan hujah-hujah rasional dan saintifik. Doktor yang mengarang buku perubatan Islam tetapi tidak menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa, lazimnya karya seperti itu disangsikan oleh individu-individu yang berpendidikan aliran Islam kerana mereka meragui penguasaan ilmu agama si pengarang. Karya Dr. Danial Zainal Abidin ini begitu meyakinkan kerana beliau fasih dalam bahasa Arab dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.
Apabila berbicara berkenaan perubatan Islam, sebahagian memahaminya dalam bentuk doa, jampi, air penawar, menghalau jin, dan membuang saka semata-mata.Sebahagian yang lain cenderung mentafsirkan tentang perubatan dalam bentuk yang sempit dan literal.Sebahagian yang lain pula yakin konsep perubatan Nabi mempunyai kehebatannya, namun mereka tidak mampu membuktikan kehebatan itu secara saintifik. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden ini cuba membuktikan kehebatan-kehebatan secara saintifik, dan mengumpulkan penemuan-penemuan semasa yang sahih, tidak kira datang daripada umat Islam ataupun bukan Islam. Buku ini juga komprehensif dan padat selain bergambar dan berwarna yang menarik.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ar-Rom ayat 21: “Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menjadikan untukmu jodoh daripada jenis manusia sepertimu
supaya kamu berasa tenteram bersamanya. Dan jadikan antaramu perasaan
kasih ...