Sebanyak 15 item atau buku ditemukan

Memahami Penyakit Kanser dan Usaha Mengatasinya (Penerbit USM)

Penyakit kanser merupakan satu penyakit yang ditakuti oleh kebanyakan orang. Dengan mengetahui bagaimana dan mengapa kanser terjadi serta sifat biologinya akan membantu kita untuk mengatasinya secara efektif terutamanya daripada sudut pencegahan. Kanser bermula daripada sel yang telah mengalami mutasi atau kerosakan pada bahagian DNAnya yang disebabkan agen karsinogenik. Proses mutasi ini berlaku bukan sekali tetapi dalam beberapa langkah dan mengambil masa bertahun-tahun hingga berdekad-dekad lamanya. Kerosakan genetik ini gagal dipulihkan atau dimusnahkan oleh gen pengawas seperti gen p53. Sebaik sahaja berubah menjadi sel kanser, sel yang tidak normal itu akan bercambah dengan cepat dan merencatkan proses pembunuhan sel (apoptosis) dan mengekalkan panjang telomere pada hujung kromosomnya supaya tidak tua.

Penyakit kanser merupakan satu penyakit yang ditakuti oleh kebanyakan orang.

Pengurusan Pembinaan: Konsep, Strategi dan Aplikasi (Penerbit USM)

Pengurusan membina sesebuah bangunan boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan dan penjadualan pembinaan. Perancangan dan penjadualan pembinaan dilaksanakan bila wujudnya dokumen dan carta yang membantu pengurus atau kontraktor untuk menyiapkan projek pembinaan. Pada hakikatnya pada masa dahulu seseorang tukang yang mahir dapat membina sebuah bangunan tanpa sebarang pelan, apatah lagi perancangan terperinci dengan dokumen dan output tertentu. Walaupun begitu, pelannya tetap wujud dan pengurusannya tetap ada, walaupun hanya di dalam fikiran tukang mahir tersebut. Realitinya, perkara sebegini tidak lagi wujud sekarang ini, walaupun projek pembinaan itu hanyalah untuk mengubah suai rumah, pelan masih diperlukan untuk diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan punya rumah didakwa kerana menyalahi peruntukan undang-undang dalam sesebuah negara. P Dengan itu juga, pengurusan pembinaan sesebuah bangunan atau projek pembinaan memerlukan pendekatan yang lebih sistematik kerana proses pembinaan yang semakin kompleks, penggunaan sumber yang pelbagai dan teknologi canggih yang boleh digunakan serta bertambahnya perundangan yang perlu dipatuhi. Pengurusan pembinaan yang diutarakan dalam buku ini meneliti perkara yang sepatutnya dilakukan dalam organisasi kontraktor binaan. Pendekatan ini agak berbeza sedikit dengan pendekatan yang digunakan melalui kaedah menyeluruh pengurusan projek seperti yang diutarakan oleh Project Management Institute (PMI)1. Buku-buku yang ditulis tentang pengurusan pembinaan pula ada yang menjurus kepada aspek teknikal dan kejuruteraan. Sesungguhnya, tidaklah dapat dinafikan pentingnya perkara teknikal dan kejuruteraan dalam pembinaan. Ia mencakupi pembinaan bangunan, infrastruktur dan juga pelbagai lagi jenis kemudahan. Penulisan sebegini meneliti perkara yang berkaitan dengan pengetahuan yang amat diperlukan untuk membina dan Prakata | xv termasuklah keperluan kejuruteraan2. Ada pula yang menjurus kepada aspek penyeliaan tapak dan aspek tertentu yang diperlukan untuk menguruskan perkara spesifik di tapak pembinaan3. Ada juga buku yang ditulis khusus untuk menjelaskan perkara teknikal pengurusan seperti penjadualan dan teknik-teknik khusus berkenaan dengan mengurus proses pembinaan (Burton dan Mitchelle 1994). Projek-projek yang amat kompleks kebiasaannya ialah projek besar atau projek mega seperti pembinaan empangan, jambatan yang panjang dan terowong dalam tanah. Antara projek kompleks termasuklah Kuala Lumpur City Centre dan Menara Berkembar PETRONAS, Terowong tebatan banjir Kuala Lumpur yang dikenali sebagai SMART Tunnel, Channel Tunnel dan juga Empangan Bakun4. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini merangkumi tiga aspek utama pengurusan, iaitu rangka, proses dan sumber yang kemudiannya digunakan untuk menganalisis pengurusan pembinaan. Buku ini menggunakan tiga hala dalam menerangkan pengurusan pembinaan, iaitu menganalisis pengurusan pembinaan melalui konsep yang sedia ada dan diubahsuaikan. Sebagai contoh, buku ini menggunakan konsep analisis tiga aspek: entiti, fasa dan proses. Buku ini juga menggunakan konsep rangka pengurusan pembinaan yang membahagikan kepada rangka pengeluaran, sumber (tenaga kerja, teknologi, bahan dan komponen, kewangan, masa dan persekitaran) dan pengurusan pembinaan itu sendiri. Dalam menguruskan pembinaan, seseorang pengurus pembinaan dan organisasinya disarankan menggunakan strategi membahagikan pengurusan pembinaan kepada dua fasa, prapembinaan dan pembinaan termasuk prakependudukan. Pada setiap fasa ini, terdapat beberapa proses yang perlu ditekankan, misalnya dalam fasa prapembinaan terdapat perancangan semasa tender, perancangan prapembinaan dan persediaan pembinaan. Aplikasi pengurusan pembinaan digunakan untuk memberi contoh yang relevan dalam setiap bab dengan menganalisis masalah dan cadangan penyelesaian. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Pengurusan membina sesebuah bangunan boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan dan penjadualan pembinaan.

Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah (Penerbit USM)

Kanak-kanak prasekolah sering berdepan dengan masalah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal. Atas inisiatif untuk menangani masalah ini, modul pengajaran bacaan awal bahasa Melayu yang dinamakan Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) diperkenalkan dalam buku ini. Kaedah KVB bersandarkan pada dua teori utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori Behavioris dan Kognitif. Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Lebih menarik lagi, buku ini turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran termasuk Ujian Kesediaan Membaca dan Ujian Kemahiran Bacaan Awal. Penulis berharap buku ini dapat menjadi panduan kepada guru prasekolah dan sekolah rendah dalam pengajaran kemahiran bacaan awal, serta guru kelas pemulihan bagi murid-murid yang mempunyai masalah membaca.

Hipotesis initelah dikemukakanoleh Piaget. Golongan Kognitif
menganggapbahasa sebagai hasil kecekapan kognitif (Kamarudin, 1998; Juriah,
1993). Namun, Berk, 1997 & terdapat pandangan ahli bahasa yang mengatakan
bahawabahasa mempengaruhi pemikiran (Briton, 1970).Teori
KognitifInteraksionis menjelaskanbahawa gurubertugas sebagai
pembantuperkembangan kecerdasan intelek kanakkanak sewaktu mereka cuba
mendapatkan idea tentang penggunaanperkataan.

Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan (Penerbit USM)

Buku ini menyinkap lima dimensi pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Cakupannya meliputi aspek pedagogi, strategi, pendekatan serta teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Antara aspek yang dibicarakan, termasuklah soal pembinaan, pengembangan serta pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pembelajaran Bahasa asing sebagai nilai tambah terhadap diri para pelajar, penerapan teori dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, aplikasi teknologi dan media dalam pendidikan Bahasa, literasi sebagai upaya untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dari segi sosial dan intelektual, dan aspek penterjemahan dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing serta penilaian hasil terjemahan. Ternyata bahawa dimensi perbincangan buku ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pada semua peringkat pendidikan. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar university, penyelidik dan perancang kurikulum, guru, pentadbir sekolah dan para pelatih institusi latihan guru.

Gaya pembelajaran bahasa di kalangan peajar Diploma Pendidikan PJJ UKM.
Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh.
Anjuran Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 31
Oktober–01 November 2002. Zamri Mahamod,

Teknologi Maklumat Ruangan Dalam Arkeologi (Penerbit USM)

Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologimengetengahkan pendekatan silang disiplin dalam penyelidikan arkeologi dengan mengaplikasikan teknologi maklumat ruangan seperti sistem maklumat geografi (GIS), penderiaan jauh, foto udara, sistem kedudukan sejagat (GPS) dan teknologi berkaitan dalam bidang fizik.Sejumlah 12 bab yang disumbangkan oleh pakar bidang arkeologi, geografi dan teknologi maklumat ruangan dalam buku ini memaparkan hasil kerja lapangan di tapak arkeologi utama di Malaysia seperti Lembah Lenggong dan Lembah Bujang. Menerusi buku ini, maklumat asas, isu dan pendekatan khususnya dalam pembangunan, pengurusan, analisis dan pemodelan data, serta model jangkaan tapak arkeologi disampaikan melalui penulisan yang mudah difahami, disokong dengan data yang tepat, dan disertakan dengan paparan visual berwarna yang menarik. Justeru, buku ini adalah sumber rujukan yang menyeluruh untuk pelajar, penyelidik dan agensi yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat ruangan, arkeologi, geografi, warisan, fizik dan perancangan. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Teknologi Maklumat Ruangan dalam Arkeologimengetengahkan pendekatan silang disiplin dalam penyelidikan arkeologi dengan mengaplikasikan teknologi maklumat ruangan seperti sistem maklumat geografi (GIS), penderiaan jauh, foto udara, sistem ...

Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi (Penerbit USM)

Keindahan seni dan keunikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di Nusantara khasnya masyarakat Melayu yang saling berbaur menjadikannya unggul dalam kelas yang tersendiri. Telahan ilmu yang berteraskan kearifan tempatan ditekuni melalui pelbagai disiplin yang dikelompokkan sebagai alam sejarah, alam sastera, alam pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air, alam belantara dan alam pertanian. Sesungguhnya, galuran ilmu yang luas ini telah memungkinkan terhasilnya teks berbahasa Melayu yang mengangkat judul Merekayasa Kearifan Tempatan: Citra Seni dalam Teknologi. Persembahan buku ini dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian I: Ilmu Seni Alam, Bahagian II: Teknologi Seni Persembahan, Bahagian III: Teknologi Seni Warisan dan Bahagian IV: Teknologi Seni Reka Bentuk. Perihalan kearifan tempatan yang terpancar bukan sahaja memperlihatkan kebijaksanaan masyarakat Melayu memanfaatkan alam seninya; malah menghubungkaitkannya dengan merekayasa seni dalam teknologi bagi penghasilan ilmu baharu.

Seterusnya perkataan design yang terakhir juga merupakan kata nama yang
menjelaskan tentang produk akhir. Reka bentuk ialah satu bidang yang amat
luas dan reka bentuk perindustrian merupakan salah satu cabangnya. Reka
bentuk ...

Sangeetha dalam Kritikan (Penerbit USM)

Sangeetha sebuah novel hasil karya Allahyarham Azizi Hj. Abdullah telah dihasilkan pada tahun 2005. Novel ini berjaya mendapatkan liputan hangat disebabkan kelainan isu yang dipaparkan oleh pengarangnya. Sangeetha, sebuah karya yang menggarap berbagai-bagai persoalan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kesohoran novel ini bukan saja telah mencatatkan satu kontroversi dalam dunia sastera tetapi juga menjadi sandaran utama yang membolehkan novel ini dinobatkan untuk memenangi anugerah berprestij di rantau Nusantara, MASTERA pada tahun 2008. Sangeetha menjadi tatapan masyarakat dengan isu percintaan antara warga emas, lebih menarik percintaan itu berlaku secara senyap dan tersirat yang mencantumkan dua rasa dalam kancah budaya dan agama. Sangeetha atau Geetha yang beragama Hindu bergelar janda kaya menyimpan rasa kasih terhadap Derus, iaitu pembantu Viralal, suami Sangeetha; juga mantan seorang posmen yang belum pernah berkahwin. Berlatarbelakangkan senario sekeliling yang semuanya sunyi, muram, sayu, kelam, usang, tua dan lama, itulah suasana yang menghidupkan jalan cerita novel ini. Namun di sebalik suasana kepikunan itu, berbagai-bagai persoalan hidup telah berjaya dirungkaikan oleh 12 pemakalah yang merenung, mengkaji, meneliti, menganalisis dan merincikan percintaan luar biasa antara dua insan pikun ini. Sudut pandangan setiap pemakalah berjaya mengungkapkan berbagai-bagai dimensi analisis dan kritikan yang membedah karya ini dari sudut agama dan kepercayaan, amalan dan budaya, personaliti, disiplin ilmu teori dan kritikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hasil perbincangan inilah menjadi pencetus terhasilnya ‘Sangeetha’ dalam Kritikan. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Siti Hajar Che Man. dikerjakan. Pada pandangan Arndt Graf, unsur alam ternyata
mempunyai satu dimensi metafora yang dapat dijelaskan melalui analisis faktor
emosi dengan usia dan emosi dengan gender. Makalah Hashim Ismail ...

Pembasmian kemiskinan di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia (Penerbit USM)

Buku ini membincangkan secara komprehensif tentang program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan berasaskan kredit mikro – suatu pendekatan inovatif bermodelkan konsep Bank Grameen di Bangladesh. Ia meneliti terlebih dahulu perkembangan program pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di negara sedang membangun amnya dan Malaysia khususnnya menerusi pendekatan konvensional. Pendekatan inilah yang akhirnya membawa kepada kemunculan AIM pada lewat tahun 1980-an. AIM dilaksanakan menerusi suntikan modal kewangan kepada golongan termiskin yang membolehkan mereka menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan menghasilkan pendapatan. Program AIM telah berjaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup para pesertanya. Kredit mikro terbukti menjadi elemen penting dalam pembangunan luar bandar. Sehubungan itu AIM juga dapat disifatkan sebagai agensi pelengkap kepada agensi-agensi kerajaan yang turut sama memperjuangkan agenda kerajaan dalam konteks Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan kini Dasar Wawasan Negara iaitu memerangi kemiskinan. Maka kelahiran AIM yang sudah berusia lebih 22 tahun telah memberi sinar harapan kepada golongan termiskin untuk membolehkan mereka berusaha memerangi kemiskinan. AIM telah merevolusikan idea tentang kredit mikro di negara ini dan tidak menghairankan apabila skim kredit mikro kepada golongan miskin menjadi elemen utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21 di seluruh dunia.

Buku ini membincangkan secara komprehensif tentang program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), iaitu sebuah program pembasmian kemiskinan berasaskan kredit mikro – suatu pendekatan inovatif bermodelkan konsep Bank Grameen di Bangladesh.

Sastera dalam Budaya dan Media (Penerbit USM)

Buku Sastera dalam Budaya dan Media merupakan sebuah kompilasi esei yang dihasilkan oleh para pensyarah serta pelajar ijazah tinggi dalam bidang kesusasteraan. Kepelbagaian bidang dan kajian kesusasteraan yang dijelmakan dalam penulisan ini sebenarnya diikat kukuh dalam suatu tema, iaitu perkaitan antara sastera dan budaya serta sastera dan media. Kajian kesusasteraan sememangnya tidak pernah terkurung dalam dunianya semata-mata. Ia tidak sekadar cerita, tetapi sebenarnya mengungkapkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan budaya silam dan juga budaya semasa masyarakat. Isu-isu berkaitan manusia, masyarakat, tradisi, warisan dan sebagainya memang menjadi bahan dalam pengisahan karya sastera sama ada sastera tradisional mahupun sastera moden. Malah, dalam arus kemodenan kini sastera turut mengadaptasikan dirinya dalam bidang media. Karya-karya sastera kini muncul dalam bentuk e-sastera, sastera digital, sastera siber dan pelbagai lagi. Buku ini mengupas persoalan-persoalan budaya masyarakat istana dan desa dalam kesusasteraan Melayu tradisional merangkumi sastera tulisan dan juga lisan. Persoalan tentang masyarakat moden dan kontemporari juga turut diberikan perhatian melalui kajian-kajian novel, cerpen dan juga sajak. Penulisan yang melangkaui dimensi antarabangsa turut mendapat perhatian penulis. Budaya masyarakat antarabangsa dipamerkan melalui beberapa karya yang dihasilkan oleh pengarang luar negara. Ia diperlihatkan dalam dimensi perbandingan dan juga persepsi Barat terhadap Timur. Seterusnya, perkaitan sastera dan media pula menonjolkan karya-karya sastera yang telah difilemkan dan juga karya-karya yang muncul dalam bentuk digital di ruang siber. Penulis-penulis telah menunjukkan perubahan yang berlaku apabila sesuatu karya tersebut diadaptasi dan juga bentuk-bentuk baru sastera yang telah muncul dalam era digital. Penulisan buku ini sememangnya ingin membuktikan bahawa bidang kesusasteraan sebenarnya sangat dekat dengan budaya hidup masyarakat dan juga sentiasa memenuhi kehendak zaman.

Hunt (1994) menjelaskan bahawa perbezaan antara sastera kanakkanak
dengan sastera dewasa adalah berdasarkan tiga aspek utama,iaitu pendekatan,
kandungan, dannilai pendidikan dan pengajaran yang terdapatdalam karya ...