Sebanyak 7 item atau buku ditemukan

33 Pesan Qalbu

33 Pesan Qalbu adalah naskhah yang menghantar pesan kombinasi antara fikir dan zikir melalui pendekatan yang mudah tetapi indah. Hati diciptakan untuk menyerap makna, dan kesan makna itu dirasai melalui beberapa perumpamaan sebagai permulaan hijrah diri.

33 Pesan Qalbu adalah naskhah yang menghantar pesan kombinasi antara fikir dan zikir melalui pendekatan yang mudah tetapi indah.

Santunan Fitrah

Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat. Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah melalui panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW melalui catatan sunnah baginda yang mulia. Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah!

Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari

Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas. Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.

24. 12. Mohd. Nor Ngah, Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim
Scholars. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1983, hlm. 10. 13.
Abdul Wahab Khallaf, Ringkasan Sejarah Perundangan Islam, Kota Bharu:
Pustaka Aman Press, 1971, hlm. 22. 14. Dr. Taha Jabir al-Alwani, Usul al-Fiqh al-
Islami: Source Methodologi in Islamic Jurisprudence. Herndon: The International
Institute of Islamic Thought 1990, hlm. 8-9, 29-31. 15. Abdul Wahab Khallaf, op.cit
., hlm. 125-128.

100 JEJAK PERIBADI RASULULLAH

Soalan:Pepatah ada mengatakan, "kerana mulut badan binasa." Adakah pepatah ini ada kaitan dengan menjaga lidah? Benarkah dikatakan lidah itu punca segala kejahatan? Jawapan:Orang yang sempurna imannya akan sentiasa maafkan dan berdiam diri daripada menyakiti hati orang lain. Apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, maka orang lain juga akan bersikap sama seperti kita. Tetapi jika ada yang menyakiti hati kita, itu bererti hatinya bermasalah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh bukhari,"barang siapa yang beriman kepada allah, maka hendaklah dia berkata baik atau diam." Apabila memperkatakan mengenai melukai atau menyakiti hati orang lain, ia sebenarnya mempunyai hubungkait dengan peranan lidah. Kata orang, ketajaman lidah untuk menyakitkan hati itu lebih bisa daripada ketajaman mata pedang. Ketajaman lidah tidak perlu diasah tetapi ia bermula daripada hati yang kotor.

Kelebihan individu lain yang dianggap satu keistimewaan berbanding diri sendiri
. Kelebihan seseorang di dalam satu-satu bidang secara tidak langsung akan
mengangkat martabatnya di mata masyarakat. Apabila memperkatakan tentang ...

Hadis Palsu Daif Popular

Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.

Para sahabat datang berduyun-duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan
itu, meskipun waktu solat belum tiba. Nabi masuk ke dalam masjid dan
melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Baginda naik ke atas mimbar dan ...

Doa & Tip Keluarga Bahagia

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.

Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang.

Belajar Bahasa Arab Cara Mudah

Menggunakan matan al-Ajurrumiyyah sebagai topik pelajaran yang utama. Matan ini ialah antara teks yang ringkas dan mudah difahami oleh penuntut-penuntut ilmu yang baru ingin mengenal undang-undang dan hukum tatabahasa Arab. Ia sesuai dijadikan rujukan asas kerana tidak mengelirukan pemahaman pembaca dengan penggunaan istilah yang berat dan sukar.

Menggunakan matan al-Ajurrumiyyah sebagai topik pelajaran yang utama.