100 JEJAK PERIBADI RASULULLAH

Soalan:Pepatah ada mengatakan, "kerana mulut badan binasa." Adakah pepatah ini ada kaitan dengan menjaga lidah? Benarkah dikatakan lidah itu punca segala kejahatan? Jawapan:Orang yang sempurna imannya akan sentiasa maafkan dan berdiam diri daripada menyakiti hati orang lain. Apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, maka orang lain juga akan bersikap sama seperti kita. Tetapi jika ada yang menyakiti hati kita, itu bererti hatinya bermasalah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh bukhari,"barang siapa yang beriman kepada allah, maka hendaklah dia berkata baik atau diam." Apabila memperkatakan mengenai melukai atau menyakiti hati orang lain, ia sebenarnya mempunyai hubungkait dengan peranan lidah. Kata orang, ketajaman lidah untuk menyakitkan hati itu lebih bisa daripada ketajaman mata pedang. Ketajaman lidah tidak perlu diasah tetapi ia bermula daripada hati yang kotor.

Kelebihan individu lain yang dianggap satu keistimewaan berbanding diri sendiri
. Kelebihan seseorang di dalam satu-satu bidang secara tidak langsung akan
mengangkat martabatnya di mata masyarakat. Apabila memperkatakan tentang ...