Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.
Para sahabat datang berduyun-duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan
itu, meskipun waktu solat belum tiba. Nabi masuk ke dalam masjid dan
melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Baginda naik ke atas mimbar dan ...