Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)

Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!

Tetapi masalahnya pada usia 13 tahun, fikiran penulis mentafsirkan perkataan '
hafalan' dan 'sekolah tahfiz' sama popularnya dengan kalimah 'sukar' dan '
merana.' Lebih-lebih lagi, kefahaman penulis di'negatif'kan dengan sebuah
hadith ...