MEMAHAMI DAN MENGHAYATI AYAT-AYAT PILIHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS 40

Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah dua sumber rujukan utama ajaran Islam dan hukum-hakam Syarak. Sudah menjadi kemestian bagi seorang muslim untuk dapat memahami isi kandungan kedua-dua sumber ini. Menerusi kefahaman yang baik tentang Bahasa Arab, isi dan pesan yang disampaikan dapat difahami dengan benar. Buku siri Belajar Bahasa Al-Qur’an dan As-Sunnah ini sangat sesuai dibaca dan dipelajari oleh semua kalangan masyarakat yang ingin memahami Bahasa Arab menerusi ayat dan hadis pilihan. Ditulis dengan bahasa yang mudah dan ringkas serta mengandungi tajuk-tajuk penting pembelajaran Bahasa Arab seperti: ayat-ayat pilihan daripada Al-Qur’an, tafsir perkata, hadis-hadis 40 Imam Nawawi, syarah hadis perkata, kajian dan huraian ringkas kaedah asas Bahasa Arab, perkataan terbitan yang berkaitan, contoh ayat mudah bahasa Arab beserta maksudnya, serta perkataan bahasa Melayu pinjaman dari Bahasa Arab.

Mulakan dengan memilih salah satu kandungan buku, sama ada ayat Al-Qur'an pilihan atau hadis 40 Imam Nawawi. Bacakan ayat atau hadis secara jelas dan terangkan maksud ayat atau hadis tersebut secara keseluruhan. 2. 3. 4.