Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan

Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dalam menentang kuasa-kuasa Barat, khususnya British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan dimulakan dengan merungkai terlebih dahulu sejarah awal perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Bumi Emas dan Semenanjung Emas oleh bangsa asing. Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun sejak penjajahan Portugis pada 1511. Apabila British menguasai Tanah Melayu, kemasukan pemikiran pro-Barat mereka telah mewujudkan konflik dengan masyarakat Melayu. Kajian ini akan memfokus kepada pensejarahan masyarakat Melayu bagi melihat sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dan pihak-pihak yang terlibat dalam penentangan terhadap British. Selepas negara berjaya mencapai kemerdekaan, perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982 dilihat menamatkan konflik berterusan antara pemikiran Pro-Barat yang dibawa penjajah dan semangat nasionalisme Melayu, dengan model Jepun yang mewakili model Timur telah menggantikan model Barat yang sekian lama mendominasi kehidupan masyarakat Melayu seawal penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511.

EKONOMI. TANAH. MELAYU. ERA. PRA-KOLONIAL. Penemuan artifak seperti
tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara
termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman
prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah
membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan
perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan
perdagangan yang menjadi tumpuan ...

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka

Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli, khususnya bijih timah dan getah yang bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli dalam tempoh antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Untuk tujuan kelancaran dan konsistensi dalam memahami sejarah perkembangan pelaburan asing pada zaman kolonial British dan zaman pasca-kolonial Malaysia, sejarah perkembangan pelaburan asing di Tanah Melayu akan dianalisis terlebih dahulu. Latar belakang kajian akan menumpukan Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Namun, sumbangan pembentukan ekonomi Sabah dan Sarawak kepada pembentukan ekonomi Malaysia tidak dapat dinafikan.

Sejarah Perkembangan Pelaburan Asing Dalam Pembentukan Ekonomi
Malaysia: Zaman Kolonial-Pasca Merdeka SEJARAH PERKEMBANGAN
PELABURAN ASING DI MALAYSIA Pembangunan ekonomi Malaysia pada
masa kini diwarisi daripada tiga tahap tahap sebelumnya, dimulakan dengan
tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli, khususnya
bijih timah dan getah yang bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga
tahun 1914, diikuti tempoh ...

Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial

Kajian ini menganalisis sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan juga sifat ekonomi masyarakat Melayu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu era pra-kolonial. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Objektif kajian adalah merungkai sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu, sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial, dan kesan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Semenanjung Tanah Melayu pada masa ini. Semenanjung Tanah Melayu menjadi fokus kajian kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu akan memfokus kepada kawasan Pantai Timur dan utara. Sementara kajian-kajian yang diterbitkan oleh sarjana Barat lebih memberi penekanan terhadap negeri-negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, majoriti masyarakat Melayu pada masa itu tertumpu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu. Berbeza dengan hasil kajian sarjana Barat, kajian ini akan melihat sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu itu sendiri. Ia membolehkan penyiasatan yang mendalam terhadap sejauh mana struktur sosio-ekonomi orang Melayu berubah hasil perdagangan antarabangsa. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosio-ekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI SEMENANJUNG TANAH MELAYU
DAN SIFAT EKONOMI MASYARAKAT MELAYU ERA PRA- KOLONIAL
SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI SEMENANJUNG TANAH MELAYU
DAN SIFAT EKONOMI MASYARAKAT MELAYU ERA PRA- KOLONIAL THE
HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE MALAY PENINSULA ECONOMIC AND
MALAY SOCIETY ECONOMIC NATURE PRECOLONIAL ERA UQBAH IQBAL*,
NORDIN HUSSIN, ...