Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Kompilasi Pastri & Manisan

Bagi mereka yang menggemari pastri dan manisan, buku ini membantu anda menyediakan 60 resipi menarik untuk dicuba. Pelbagai jenis pastri dan manisan yang cantik lagi enak disediakan. Jika selama ini anda sering ke kedai roti untuk mendapatkannya, apa kata kali ini jika anda mencuba untuk menyediakan sendiri berpandukan buku ini. Tidak sukar menghasilkan jika tahu caranya. Pelbagai jenis pastri seperti tat bakul buah-buahan, tat strawberi dan tat coklat amat sesuai dijadikan hadiah pertunangan. Begitu juga manisan moden dalam bentuk coklat. Rasa manis dan bentuk yang unik membuatkannya semakin popular dijadikan cenderahati. Tentu seronok rasanya memberi hadiah kepada seseorang dengan hasil kerja tangan sendiri.

Editor • Haryati Mat Deris Rekabentuk Kulit • Rozi Ibrahim Tipografi &
Rekabentuk • Rozi Ibrahim Jurugambar • Nor Nainidiana Aziz Perpustakaan
Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kompilasi Pastri &
Manisan [Chef Nik ...

101 RESIPI PANTAI TIMUR

Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Patin Masak Tempoyak, Keropok Lekor dan Laksam merupakan antara menu-menu popular di negeri-negeri tersebut. Baik Kelantan, Terengganu mahupun Pahang, ketiga-tiga negeri ini mempunyai makanan tradisi yang unik dan mempunyai identiti tersendiri. Kerana itu, makanan yang manis sering dikaitkan dengan negeri Kelantan. Ikan pula dikaitkan dengan makanan di Terengganu. Manakala Patin Masak Tempoyak pula sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan negeri Pahang. Kesemua resipi popular anda akan dapat dalam satu buku istimewa ini.

... Editor Haryati Binti Mat Deris haryati ...

Aroma Biskut

Comel, gebu, rangup atau “melting in your mouth” menggambarkan kualiti biskut kesukaan ramai dan amat popular di waktu perayaan. Rupa biskut yang cantik dan comel akan menarik perhatian orang untuk merasainya. Ditambah pula dengan aroma biskut yang baru keluar dari ketuhar sudah cukup menaikkan selera. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad, gula kastor, telur dan mentega adalah antara bahan asas membuat biskut. Selain bahan yang berkualiti, sukatan yang tepat dan teknik yang betul juga akan menghasilkan biskut lebih enak dan sedap. Inilah kriteria biskut yang akan anda perolehi dalam buku ini. Gerenti aroma biskut dari ketuhar akan memenuhi dapur anda!

... Editor Haryati Mat Deris haryati ...