Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaKwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik. Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling. Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar? Masa untuk kembali bermuhasabah.

Kita adalah hamba kepada Allah s.w.t., yang bertanggungjawab menjadi khalifah
di atas muka bumi ini. Maka, bagaimana kita boleh penjarakan diri kita di dalam
masjid semata-mata? Sibuk di atas sejadah 24 jam sahaja? Hanya berzikir dan
membaca Al-Quran? Kita perlu gerakkan kehidupan kita untuk jadi bermakna
kepada pemakmuran bumi ini. Perlu ada sebahagian kita yang ke hadapan
dalam ekonomi, sains, teknologi, politik, bisnes, akademik, pendidikan, dan
sebagainya.