Memantapkan pembelajaran di sekolah menengah
Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman ini memuatkan unsur-unsur penting dalam proses pengajaran bacaan dan kefahaman. Dalam buku ini terangkum huraian tentang aspek berkaitan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman dari segi teori dan amali. Aspek seperti definisi konsep bacaan, faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca, kebolehbacaan bahan, pengajaran pembendaharaan kata, pengajaran kefahaman, teknik pengajaran, soalan dan penyoalan, serta organisasi kelas bacaan dan kefahaman dihuraikan berserta contoh yang konkrit. Buku ini bermanfaat kepada para pensyarah di universiti dan maktab perguruan.
... penting akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan pemikiran murid.
Oleh itu, penting bagi guru mengetahui bukan sahaja apa yang hendak disoal
tetapi juga bagaimana soalan dibentuk. Dalam pembentukan soalan, terdapat
tiga prasyarat yang perlu dipenuhi sebelum soalan itu dibentuk. Pertama, guru
hendaklah mengetahui dan memahami jenis soalan yang ada. Pemahaman ini
boleh disifatkan sebagai langkah pertama dalam proses membentuk soalan
yang efektif ...