Sebanyak 12 item atau buku ditemukan

Etika Profesional

Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Sebagai golongan yang diberikan status tinggi dalam masyarakat sudah sewajarnyalah mereka menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan itu dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan yang golongan profesional ini sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan bidang kerjayanya. Ada kalanya seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat dan negara akan menanggung akibatnya. Oleh itu, pengetahuan dan kesedaran etika harus ada dikalangan semua profesional ini. Buku ini dihasilkan berdasarkan nota-nota kuliah yang terkumpul selama lima tahun untuk mata pelajaran Etika Profesional yang menjadi sebagai mata pelajaran elektif wajib universiti. Selain daripada menjadi buku teks, buku ini juga boleh dijadikan panduan tentang tanggungjawab etika kepada bakal-bakal profesional, golongan profesional, pendidik dan pembaca umum. Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah sekadar mengetahui secara teori tentang etika dan tanggungjawab etika sahaja tidak semestinya menjadikan seseorang itu mempunyai kesedaran etika yang tinggi. Apa yang lebih penting ialah soal penghayatan (amalan) dan komitmen yang ersungguh-sungguh.

Buku ini dihasilkan berdasarkan nota-nota kuliah yang terkumpul selama lima tahun untuk mata pelajaran Etika Profesional yang menjadi sebagai mata pelajaran elektif wajib universiti.

Struktur Data & Algoritma Menggunakan C++

Buku Struktur Data dan Algoritma Menggunakan C++ ditulis bagi memenuhi keperluan silibus pelajar jurusan Sains Komputer. Buku ini memberi penekanan terhadap struktur data dan keberkesanan algoritma dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++. Kandungan buku ini juga merangkumi prinsip kejuruteraan perisian dan pengaturcaraan berorientasikan objek. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah, pelajar mahupun orang awam yang ingin mendalami ilmu mengenai Struktur Data dan Algoritma dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C++.

Buku Struktur Data dan Algoritma Menggunakan C++ ditulis bagi memenuhi keperluan silibus pelajar jurusan Sains Komputer.

Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti dan proses yang terpenting yang menyumbang kepada pengisian Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh itu, aktiviti dan proses P&P perlu diselia dan dipantau terutamanya oleh pentadbir sekolah agar kualiti P&P sentiasa dapat dipertingkatkan. Buku ini juga menyajikan peranan yang perlu dimainkan oleh penyelia bagi membantu guru–guru yang diselia agar menjadi guru yang benar–benar dapat melaksanakan tugas dengan lebih efektif. Untuk penyeliaan yang efektif, buku ini memaparkan beberapa huraian penting terhadap penyeliaan pengajaran guru khususnya di dalam bilik darjah yang meliputi konsep, teori, model penyeliaan pengajaran dan proses penyeliaan yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam proses penyeliaan P&P. Oleh itu, buku ini perlu dimanfaatkan bukan sahaja kepada penyelia atau pentadbir sekolah tetapi juga pihak yang akan diselia iaitu guru–guru agar kedua–dua pihak sentiasa memahami antara satu sama lain dalam rangka memartabatkan profesion perguruan di negara kita.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan aktiviti dan proses yang terpenting yang menyumbang kepada pengisian Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan ...

Geographic Information System & Spatial Analyses In Real Estate

The advent of Geographic Information Systems (GIS) now widely available on various computer-based platforms has benefitted numerous fields of discipline, including real estate. Known for its versatility as an integrated system consisting of various functions, GIS is particularly appreciated for its spatial analysis capabilities. As such, GIS is of particular importance to real estate analyses. Inherently spatial, various real estate problems can be more easily dealt with by desynthesising their very essence of concept with respect to location. In this context, GIS provides all the capabilities to capture, store, retrieve, manipulate, analyse, and display geographic data associated with real estate phenomena. This book is written to provide readers with some examples of such phenomena with which GIS can be used to give some of the answers needed. It demonstrates the use of GIS in dealing with a myriad of location analyses in real estate using mainly local examples in Malaysia, with particular interest in analyses related to urban parking space, market segmentation, site suitability, house price, valuation and appraisal.

This book is written to provide readers with some examples of such phenomena with which GIS can be used to give some of the answers needed.

Pembangunan Modal Insan Menurut Perspektif Al–Quran

Pembangunan modal insan menurut al–Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai ‘watak’ terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya bersifat bersepadu dan menyeluruh meliputi pembangunan jasmani dan rohani, dunia dan akhirat. Pembangunannya juga bukan sahaja menekankan aspek pembangunan insan daripada sudut latihan kemahiran, kepakaran, profesional, dan penguasaan maklumat seperti yang ditekankan dalam konsep pembangunan insan di negara–negara barat, tetapi melangkaui hal ini dengan menekankan pembentukan insan mulia, iaitu insan yang berilmu dan sejahtera jiwa, yang menjadikan al–Quran dan al–Sunnah sebagai petunjuk kehidupan, memiliki pegangan agama yang kuat, intim hubungannya dengan Allah S.W.T., dan baik hubungannya sesama manusia. Justeru, buku ini mengupas tentang pembangunan modal insan dalam pelbagai aspek kehidupan sebagai panduan. Kandungannya sarat dengan panduan daripada wahyu al–Quran, diperkuatkan dengan huraian hadis, dan pandangan daripada para sarjana Islam yang berwibawa. Kupasan buku ini menyentuh pembangunan insan meliputi aspek pemikiran, ilmu pengetahuan, kepercayaan, kejiwaan, akhlak, sifat kepimpinan, dan amalan Qiam al–Lail. Buku ini sesuai sebagai bacaan umum masyarakat dan sebagai panduan kepada pertubuhan dakwah, pertubuhan remaja dan belia, dan juga penggerak masyarakat yang memfokuskan agenda ke arah membina generasi muslim yang memiliki kualiti peribadi unggul, bertakwa, dan berwawasan.

Pembangunan modal insan menurut al–Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai ‘watak’ terpenting dalam sesebuah pembangunan.

Equilibria

"Kapal generasi ialah pesawat pengembara angkasa lepas yang berupaya untuk mengembara merentasi jarak yang amat jauh ..." "Rasional pembinaan kapal generasi ialah untuk menyelamatkan keturunan manusia agar dapat membina tamadun di tempat lain dalam alam semesta ini apabila bumi mengalami malapetaka ataupun membina koloni manusia di planet lain atas nama eksplorasi dan sains." Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan merupakan manifestasi iltizam membenihi minda kreatif bagi memanipulasikan daya cipta dan menghilirkan inovasi. Sebagai wadah stimuli, sayembara ini menguja penerokaan wilayah sains dan teknologi dengan radas seni susastera.

"Kapal generasi ialah pesawat pengembara angkasa lepas yang berupaya untuk mengembara merentasi jarak yang amat jauh .

Elektronik Perhubungan

Buku ini memberi penekanan kepada konsep asas perhubungan elektronik antara dua pihak yang melangkaui jarak pendengaran manusia. Penerangan tentang prinsip asas perhubungan, teknik dan peranti yang digunakan diberikan melalui cara yang mudah difahami. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman pembaca tentang sesuatu konsep, contoh soalan serta penyelesaiannya disertakan dan ditambah pula dengan soalan tutorial pada bahagian akhir setiap bab. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di pusat pengajian tinggi dan pelajar politeknik di seluruh negara serta pembaca yang berminat dalam bidang perhubungan.

Buku ini memberi penekanan kepada konsep asas perhubungan elektronik antara dua pihak yang melangkaui jarak pendengaran manusia.