Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami di talian 03-5510
5534 Editor : Mohd Ali Haji Mohd Noor Editor & perterjemahan Bahasa Inggeris :
Azza Pawanchik Disemak oleh : Sakinah Ariff Johor Reka bentuk Kulit : Cidot
dan ...
Kisah Latifah - Maria Kajiwa Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit. Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram. Kem Rahsia - Aida Adia Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”
Fauzi tersentak dan terus berdiri meminta diri. Apa hal pulak ni? Hati Shidee
berasa tidak sedap. Kenapa ayah Fauzi datang waktu begini? Hendak jemput Fauzi pulang ke rumah ke? Beberapa saat kemudian, Fauzi masuk semula dan ...
Itu adalah cara komunikasi anak-anak kecil yang masih tidak tahu bertutur.
Sekiranya si anak ke- cil itu sudah mampu bertutur pun namun per-
bendaharaan katanya tidak seluas orang dewasa yang boleh menghamburkan
apa sahaja apabila marah atau geram, hatta sedih sekalipun. Puan juga perlu
meneliti dan mengingati semula ada- kah ada ahli keluarga lain atau puan dan
suami sendiri, mungkin juga rancangan televisyen yang memperlihatkan apabila
seseorang marah atau ...
NUR SANDRA AIRY, seorang gadis yang hanya meminati lelaki mat salih. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Berkat doa ibu bapanya yang mengharapkan anak gadis mereka jatuh cinta pada jejaka Melayu, akhirnya hati Nur Sandra Airy yang keras itu dicairkan lelaki Melayu buta bernama Aiman Zikry. Namun, fasa bahagia mereka tidak lama kerana satu ? tnah dahsyat melenyapkan kisah cinta mereka.Nur Sandra Airy lari ke Paris dan menyambung pengajian di sana. Setelah tamat belajar, dia balik ke Malaysia dan menjadi pereka kasut yang terkenal. Tiba-tiba muncul lelaki bernama Azam yang mirip wajah Aiman Zikry. Nur Sandra Airy jadi keliru dengan hatinya sendiri.Berjayakah Azam memiliki hati dan cinta Nur Sandra Airy? Adakah Nur Sandra Airy akan menerima lamaran lelaki bernama Azam itu sedangkan hatinya masih merindui Aiman Zikry?