Sebanyak 16 item atau buku ditemukan

Ayat-Ayat Syaitan: Mombongkar Rahsia Jin, Syaitan, dan Iblis dalam Al-Quran

Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6) Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27) Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)

... “Allah berkata, 'Apakah penghalang yang menyekatmu daripada sujud
ketikaAku perintahkan kamu?` lblis menjawab, 'Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau menjadikan aku daripada api, sedang dia Engkau jadikan daripada
tanah.

Pengajian Kurikulum

Buku ini mengupas tentang kurikulum, bagaimana kurikulum tersebut terhasil dan intipati kurikulum dijelaskan dengan cara yang mudah difahami. Penjelasan dalam setiap bab buku ini akan membantu para pendidik atau bakal pendidik memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan sebagai kurikulum dan diharap akan memberikan nafas baru dalam aktiviti pendidikan. Kefahaman tentang kurikulum membolehkan pendidik menyedari apakah yang sebenarnya harus dilakukan dalam proses mendidik dan menyampaikan ilmu. Buku ini penting untuk pelajar pendidikan di peringkat diploma, ijazah pertama atau ijazah lanjutan di institusi perguruan dan universiti untuk persediaan sebagai guru. Buku ini sesuai untuk para pendidik dari segenap aliran atau peringkat sama ada di sekolah, institusi perguruan dan universiti untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Tidak ketinggalan juga buku ini berguna untuk panduan pihak pengurusan kurikulum di sekolah, jabatan pendidikan daerah dan negeri, institusi perguruan dan universiti awam dan swasta.

Buku ini mengupas tentang kurikulum, bagaimana kurikulum tersebut terhasil dan intipati kurikulum dijelaskan dengan cara yang mudah difahami.