Sebanyak 1 item atau buku ditemukan

Fatwa Kontemporari Jilid 3, Siri 1 (Al-Quran, Hadith, & Usul Fiqh)

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

Dalam Safar As-Sa'adah, semua khabar dan athar yang dilaporkan dalam bab
ini hampir kepada 400. Dalam penerangan Syeikh Abdul Haq Ad-Dahlawi,
mengangkat kedua-dua tangan dan meninggalkannya, kedua-duanya adalah
sunnah. Jawapan ini sudah dihurai panjang dalam Safar As-Sa'adah Al-Arabiy.
Semua ketiga-tiga tajuk ini mengesahkan (membenarkan) perbuatan
mengangkat kedua-dua tangan kerana kebanyakan pelapornya adalah pemuda
yang mutawatir.