IQRA' : Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca
Tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses, kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir, membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti peluang akan menjadi bertambah baik. Di samping itu, kebolehan untuk membaca membolehkan seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang hayat dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita berjaya di dalam kehidupan. Buku ini akan membina kesedaran dan kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini; Memahami budaya Iqra’ Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat. Bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang Kemahiran dan teknik untuk memperkukuhkan amalan membaca Kepentingan dan kelebihan membaca pelbagai bentuk bahan bacaan
- ISBN 13 : 9671157726
- ISBN 10 : 9789671157725
- Judul : IQRA' : Membangunkan Potensi Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca
- Pengarang : Yusni Yussof,
- Penerbit : Trans Horizons Media
- Bahasa : ms
- Tahun : 2016
- Halaman : 0
- Google Book : http://books.google.co.id/books?id=MmAqDAAAQBAJ&dq=intitle:membaca+sirah&hl=&source=gbs_api
-
Ketersediaan :
... menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Dalam konteks Malaysia, pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka juga menerbitkan banyak siri ensiklopedia seperti
Ensiklopedia Sirah, Ensiklopedia Sastera Dunia , Ensiklopedia Perintis dan
sebagainya.