Sebanyak 3026 item atau buku ditemukan

Santunan Fitrah

Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat. Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah melalui panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW melalui catatan sunnah baginda yang mulia. Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah!

Pembentukan fitrah hidup Islam

Islamic perspectives on arts, culture, and quality of life in Malaysia; collection of articles.

Islamic perspectives on arts, culture, and quality of life in Malaysia; collection of articles.

Fitrah Kasih

MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih. Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.

MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram.

Pentadbiran Zakat Fitrah

Pengagihan Dan Keberkesanannya. kajian khusus di daerah Saribas, tinjauan di Kampung Pusa, Sarawak